^^ ASSALAMUALAIKUM ^^ kepada semua~ jangan segan utk 'sign' kat guestbook saye.. time kasih~

July 31, 2010

Nasihat dari Teman


glitter-graphics.com
b e r s a m a k i t a r e n u n g k a n..

glitter-graphics.com

Nasihat Al-Habib Imam Dai'ilallah Al-Qutbiyah Abdullah Al-Haddad:
"Seseorang yang sibuk memenuhi hak Tuhannya daripada hak dirinya dan hak teman-temannya, maka dia adalah hamba yang dekat. Seseorang yang sibuk memenuhi hak dirinya daripada hak Tuhan dan hak teman-temannya, maka dia adalah hamba syahwat. Seseorang yang sibuk memenuhi hak teman-temannya daripada hak Tuhannya dan hak dirinya, maka dia adalah hamba kedudukan. Seseorang yang sibuk dengan memenuhi hak Tuhannya dan hak teman-temannya daripada hak dirinya, maka dia adalah pewaris Nabi."
(Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad).


nasihat itu bagai permata

glitter-graphics.com


'' Berkatnya ilmu bukan pada banyaknya ilmu,akan tetapi atas redha guru yang mencurahkannya.Jika dalam tempoh pengajian kita terasa susah untuk memahaminya,maka bersabarlah ke atasnya dan jagalah redha guru ke atas diri kita.Dan jika suatu hari Allah takdirkan kita menjadi orang yang mengajar pula,pasti Allah akan bukakan kembali apa yang kita tidak faham dahulu untuk diajarkan pada orang lain kembali.Inilah apa yang dimaksudkan ilmu yang berkat...''







glitter-graphics.com

July 29, 2010

Fayyoum (lawatan 2)



s a m b u n g a n l a l u ...



Setelah selesai melawat piramid..perjalanan diteruskan ke Fayyoum..Fayyoum ialah salah sebuah negeri dalam Mesir..Di Fayyoum kami melihat kesan2 sejarah yang telah Allah ceritakan dalam Quran..iaitu tentang kisah Qarun dan hartanya..Cita-cita Qarun tercapai untuk menjadi kaya setelah bertemu Nabi Musa agar didoakan dia menjadi kaya,rajin beribadah dan dapat membantu saudara2nya yang miskin..Namun apa yang berlaku sebaliknya..Qarun tamak dgn harta yang Allah kurnia padanya sehingga tidak mahu membayar zakat dan lupa akan usulnya serta derhaka kepada Allah..Lalu Allah menenggelamkan kesemua hartanya ke dalam tanah...


Tasik Qarun..Bala dari Allah..Tempat yang sewaktu ketika dulu gah dgn gudang2 harta..
kini hanya tasik yang hanyir.. Di bahagian tengah tasik ini terdapat subuah tasik kecil yang dinamakan " QARN AZ-ZAHABI "bermaksud emas qarn


Kayanya Qarun yang Allah anugerahkan..tanah yang dia miliki sebanyak 80ribu hektar luasnya..(masya-Allah)
tasik ini juga memiliki lebih 30 km panjang dan 10km lebar,
manakala kedalamnya pula 30 hingga 40 meter...


kesan sejarah...istana Qarun,sebahagian yang lain telah musnah.



Dalam perjalanan ke istana qarun..kami melalui banyak kebun bunga matahari...
semua yang ada dalam bus exited nak amik gambar ..huhu ^_^
tak clear sgt la sbb tak turun..cume snap dlm kenderaan jer..

Kincir air ini adalah satu2nya kincir yang telah di bina sejak tahun 200 masihi dan masih digunakan sehingga kini..ianya terletak di tengah2 kota Al-Fayyoum
Ia juga adalah salah satu bukti daripada ketinggian peradaban Mesir kuno..
digunakan untuk mengairi kawasan pertanian..
Menurut masyarakat tempatan..kincir ini dikatakan sejak zaman Nabi Yusof a.s..wallahu'alam



...jauh berjalan luas pengetahuan...



glitter-graphics.com

July 25, 2010

Lawatan 1

Bila tiba musim cuti,otak masing2 mulalah blurr..tak tau nak buat apa ..Mujurlah Persatuan badan kebajikan anak2 negeri mengadakan lawatan ke Giza(piramid) dan Fayyoum(kesan2 sejarah Qarun,serta ladang mangga) ..bayaran cuma L.E80 untuk perjalanan sehari(termasuk makan&transpot)..orang kate, peluang jangan dilepaskan..



Bertolak ke Giza seawal 8 pagi..perjalanan ke Giza cuma mengambil masa 30minit dari
komplek di Hayyu Asyer,Nasr City,Cairo..



Nak tengok 7 keajaiban dunia ni kena ada bayaran masuk..

Bayaran tiket masuk sebanyak 30 pound mesir..kalau di convert dalam 17 ringgit malaysia..harga special untuk student..Alhamdulillah~

Terdapat 3 buah piramid utama iaitu khufu,rakhaef ,menkaure dan
sphinx (yang berkepala manusia dan berbadan singa)

piramid pertama,khufu
muncung piramid dah hilang,ceritanya kena curi,sbb muncung tu diperbuat dari emas,maka ramai la yang ambil dalam diam(curi)..

alamak! silap teknikal plak kat gambar ni..sebab snap dlm bus..ni piramid yang kedua rakhaef


haa...baru clear sket..binaan batu pada piramid ni terdapat sedikit hakisan angin


ni pulak piramid yang ketiga(menkaure)..dibelakangnya ada 3 lagi piramid kecil
(anak2 piramid)^_^
yang satu dah musnah,satu lagi hampir runtuh,dan hanya satu masih kukuh..


sphinx(patung berkepala manusia berbadan singa)
simbol kekuatan dan keberanian menjaga kesemua piramid..
patung ni dah tak sempurna,janggutnya dikatakan berada di muzium London,
manakala sebelah matanya pecah dipercayai di bom oleh tentera Rome..



..... t o b e c o n t i n u e d .....



glitter-graphics.com

July 06, 2010

Arm Socks

ARM SOCKS
FROM EGYPT

Just show off to my friends, hope she like it Type A
Material : Cotton
Color : Various


Type B
Material : Nylon
Color : Various


Type C
Material : Cotton
Color : Various






July 03, 2010

Decorative Lights

Decorative Lights
Kristal Asfour , Mansurah


price 1,912.50 (RM 1,083)

price 2,406 (RM 1,363) & 1,175 (RM 666)


price 1,456 (RM825) & 3,406 (RM 1,929)


price 1,318 (RM 747) & 1,312 (RM743)


price 175 (RM 100)


price 894 (RM 507)


price 1,444 (RM 818)


p/s : k.huda& abg P,ni lah hasil survey saye kat asfour mansurah..(*_*)
maaflah kalau tak berapa memuaskan hati..
kalau ade yang berkenan jangan segan2 bagitau..hihi
satu lagi nak kabo..arge2 barang2 ni sume dalam pound mesir.. (^_^)
sebarang pesanan@komen leave message kat facebook yer